Celik Quran · Rujukan Tajwid

Makhraj Huruf

مَخَارِجُ الْحُرُوف

Setiap huruf hijaiyah ada tempat keluarnya yang kita panggil sebagai makhraj huruf. Apabila tempat asal keluarnya betul, bunyinya akan betul. Pilih huruf atau klik pada peta untuk lihat dari mana ia keluar dan cara menyebutnya.

17tempat keluar 5kawasan utama 29huruf

Cari ikut huruf

Klik mana-mana huruf untuk terus ke makhrajnya.

Peta mulut

Rajah keratan sisi kepala, menghadap ke kiri. Setiap titik ialah satu makhraj, bernombor dari yang paling dalam (rongga) hingga yang paling luar (bibir), mengikut susunan 17 makhraj Imam Ibn al-Jazari.

rongga hidung lidah kerongkong peti suara bibir gigi atas gusi geraham lidah bibir gigi bawah

Titik 8 hingga 16 rapat antara satu sama lain. Bila anda pilih salah satu, rajah akan zum ke depan mulut secara automatik. Tekan "Seluruh" untuk lihat semula keseluruhan rajah.

Sifat huruf صِفَاتُ الْحُرُوف

Makhraj ialah tempat keluar huruf. Sifat pula ialah cara penampilan dan 'appearance' huruf tersebut; tebal atau nipis, mengalir atau tertahan. Sebagai contoh, ت dan ط sama makhraj, tetapi sifatnya berbeza: ط tebal, ت nipis.

5 pasang sifat berlawanan · setiap huruf ada satu daripada setiap pasang
7 sifat tambahan · ada pada huruf tertentu sahaja

Leret ke kiri untuk lihat sifat seterusnya →

Frasa Arab dalam kad seperti فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَتْ ialah himpunan huruf yang diambil daripada matan al-Jazariyyah. Guru biasa menggunakannya supaya pelajar mudah hafaz. Sifat Izlaq dan Ismat lebih berkait dengan kelancaran bahasa Arab dan jarang menjejaskan sebutan dalam bacaan.

Pasangan yang selalu tertukar

Lidah Melayu biasa menyebut huruf-huruf ini dengan bunyi yang sama. Dalam Al-Quran, bezanya boleh mengubah makna. Klik huruf untuk lihat makhrajnya.

Matan

Muqaddimah al-Jazariyyah

الْمُقَدِّمَةُ فِيمَا عَلَى قَارِئِ الْقُرْآنِ أَنْ يَعْلَمَهُ

Karangan Imam Syamsuddin Muhammad ibn al-Jazari (751–833H), antara matan tajwid yang paling banyak dihafaz dan disyarah. Di bawah ialah bait-bait tentang kewajipan belajar makhraj, diikuti bab makhraj huruf sepenuhnya. Klik nombor makhraj pada setiap bait untuk lihat di peta.

Kewajipan mengenal makhraj dan sifat 2 bait
Bab makhraj huruf · بَابُ مَخَارِجِ الْحُرُوفِ 11 bait
Bab sifat huruf · بَابُ الصِّفَاتِ 7 bait

Nombor makhraj dalam laman ini mengikut susunan yang biasa digunakan dalam buku tajwid. Dalam bait 8 hingga 10, Imam Ibn al-Jazari menyebut huruf safir (ص س ز) sebelum ظ ذ ث, jadi urutan nombornya kelihatan bertukar. Terjemahan ialah maksud ringkas untuk bantu faham, bukan terjemahan kata demi kata.

ض
Soalan 1 / 5

Huruf ini keluar dari mana?

Nak pastikan sebutan anda betul?

Membaca makhraj boleh bantu, tapi telinga guru yang paling tepat. Tempah Check-Up Bacaan percuma 20 minit bersama guru Celik Quran.

Semak bacaan saya

Ringkasan ini mengikut pembahagian 17 makhraj dalam Muqaddimah al-Jazariyyah, bacaan riwayat Hafs 'an 'Asim. Contoh kalimah diambil daripada surah-surah yang biasa dibaca. Disediakan oleh Celik Quran sebagai rujukan umum.